Sinopsis Drama Pak Su Ammara
Drama terbaharu adaptasi novel karya Marissa, Pak Su Ammara, bakal menemui penonton di saluran Astro Ria bermula 5 Januari 2026. Naskhah terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Selain di televisyen, peminat juga boleh menonton drama arahan Azri Izhar ini menerusi aplikasi Astro GO dan sooka. Drama ini membariskan pelakon hebat seperti Que Haidar, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, dan Zaleha Iman Zainal.
Drama Pak Su Ammara
- Episod: 20
- Tarikh Tayangan: 5 Januari 2026
- Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
- Saluran: Astro Ria
- Platform Penstriman: Astro GO, sooka
- Penulis Skrip: Script Factory Studio
- Pengarah: Azri Izhar
- Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon Drama Pak Su Ammara
- Que Haidar sebagai Pak Su
- Ummi Nazeera sebagai Miza
- Syazwan Zulkifly sebagai Wafi
- Zaleha Iman Zainal sebagai Ammara
- Mia Nasir sebagai Wardah
- Shah Iskandar sebagai Mizi
- Hanna Aqeela sebagai Natrah
- Fadilah Mansor
- Najua P. Ramlee
Lagu Tema (OST) Drama Pak Su Ammara
- Tajuk: Terlalu Bodoh
- Penyanyi: Ara Johari
- Komposer & Lirik: Ilham Baso
Sinopsis Pak Su Ammara
Drama ini menyingkap tabah seorang wanita bernama Hamiza, seorang guru prasekolah yang terperangkap dalam kemelut perkahwinan toksik. Keadaan menjadi semakin parah apabila suaminya, Wafi, menuntut hak untuk berpoligami. Dalam keadaan sarat mengandung, Miza nekad menuntut cerai demi menyelamatkan maruah dan masa depannya.
Kehidupan Miza sebagai ibu tunggal membawanya bertemu dengan Firdaus (Pak Su), bapa saudara kepada muridnya, Ammara Rose. Di saat Pak Su berusaha keras memenangi hati Ammara semula, kehadirannya turut menjadi pelindung kepada Miza dalam menuntut haknya. Tanpa disedari, kelembutan hati Miza juga menjadi penawar kepada trauma masa lalu yang sekian lama menghantui hidup Pak Su.

Posting Komentar untuk "Sinopsis Drama Pak Su Ammara"