Sinopsis Drama Kelas Belakang

Sinopsis Drama Kelas Belakang


Viu Original baru-baru ini melancarkan siri drama terbaharu bertajuk Kelas Belakang yang menceritakan realiti kehidupan pelajar di kelas tercorot yang sering dipinggirkan. Drama arahan Nurhanisham Muhammad terbitan Independent Pictures ini membariskan bakat-bakat baharu seperti Amylia Aidura, Areef Amran, dan ramai lagi. Penonton boleh menyaksikan episod baharu pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 12 tengah hari secara eksklusif di aplikasi Viu bermula 8 Januari 2026.


Drama Kelas Belakang

  • Episod: 12
  • Tarikh Tayangan: 8 Januari 2026
  • Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12:00 tengah hari
  • Platform Penstriman: Viu
  • Idea Asal: Azhar Amirulhisyam & Syarul Akmal
  • Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar & Syarul Akmal
  • Pengarah: Nurhanisham Muhammad (Labu)
  • Produksi: Independent Pictures


Watak Pelakon

  1. Amylia Aidura sebagai Nur Iman Kirana
  2. Zairi Aziz sebagai Nik Anaqi
  3. Areef Amran sebagai Fahmi Mirza
  4. Farihin Arnia sebagai Johan Afiq
  5. Faha Azhar sebagai Syed Abu Bakar (Arab)
  6. Ryliana Azizan sebagai Siti Shafika
  7. Arfie Shah sebagai Fang
  8. Myra Afrina sebagai Hajar
  9. Ellie Suriaty sebagai Pengetua
  10. Zarynn Min sebagai Cikgu Rohaiza
  11. Masta Dol sebagai Cikgu Fauzi
  12. Azrul Zaidi sebagai Keifli
  13. Ernita sebagai Maisara
  14. Amira Rafik sebagai Melisa
  15. Adib Shabil sebagai Shahdan
  16. Arfeen Lestari sebagai Zain


Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Jatuh Bangun
  • Penyanyi: Farihin Arnia
  • Komposer: Farihin Arnia
  • Lirik: Farihin Arnia


Sinopsis Kelas Belakang

Drama ini memaparkan kisah murid-murid dari kelas 5 Fikir yang sering dianggap sebagai kumpulan pelajar yang gagal dan tidak mempunyai masa depan. Walau bagaimanapun, suasana mula berubah apabila Iman Kirana, seorang pelajar cemerlang, nekad untuk membimbing mereka. Langkah berani itu diambil oleh Iman semata-mata untuk memenuhi syarat kelayakan bagi merebut sebuah biasiswa yang sangat berprestij.

Posting Komentar untuk "Sinopsis Drama Kelas Belakang"